Tuesday, June 1, 2010

Jiwaku

Manusia sekalian,

Janganlah kalian  merendahkan diriku bila melihat diriku ini sedang hanyut ditenggelamkan cinta kepada Allah...

Manusia sekalian jika aku jatuh cinta kepada kamu sekalipun atas izin Allah swt...atas kehendak Allah swt...

Jika Allah swt tak mengizinkan...tidak merestui cinta ku kepada kalian...seribu kali lagi aku tak mahu sebab wahai manusia sekalian cinta kamu tidak sempurna untuk jiwa ku yang sentiasa inginkan cinta-cinta yang suci seperti pemberian daripada Allah swt...

Saturday, May 22, 2010

Teknik Saranan Diri Yang Berkesa

Salam 'alaik,perkongsian untuk menghafal al-Quran oleh Ustaz Ibrahim bin Zakaria pemilik Maahad Tahfiz Dar Al-Abrar,Manjung Perak di FB selepas diminta oleh saya.

* Hajat atau matlamat yang hendak diperolehi mestilah jelas dan tepat.
* Dilakukan dengan hasrat yang menyala-nyala, bersungguh-sungguh dan penuh harap.
* Yakin sepenuhnya bahawa akan memperolehi apa yang kita sarankan kepada diri sendiri.
* Berimanigasi bahawa kita sedang mendapat apa yang dihajati.
* Konsisten, amalkan pada setiap malam sebelum tidur dan pagi selepas bangun dari tidur secara berterusan 6-7 minggu atau sehingga berjaya.

Kalau anda bercita-cita untuk mendapatkan kekuatan intelek, inilah rahsianya : BANYAK MEMBACA, MEMAHAMI, MERENUNG DAN MENGHAYATI SEJARAH MEMBUAT LATIHAN MENGEMBANGKAN KEKUATAN KONSENTRASI Kekuatan konsentrasi boleh dilatih dan dikembangkan melalui pelbagai jenis latihan dan yang saya selalu buat ialah memberi focus kepada rentak drum sahaja dalam sebuah lagu dan kemudian dipraktikkan dengan tangan sendiri dengan berpandukan bayangan.Apabila melihat iklan/brocure/pamphlet saya akan halusi setiap design yang ada walaupun hanya sebentuk garis lurus.Apabila membaca Al-Qur’an, bawa mata untuk menghayati garis lengkuk setiap huruf , baris dan bayangkannya ketika menghafaz. Kekuatan konsentrasi boleh dilatih dan dikembangkan melalui pelbagai jenis latihan :

1. Letak segelas air di hadapan anda. Pejam mata sambil membayangkan kembali di dalam fikiran anda kewujudan gelas itu. Pertahankan bayangan tersebut seberapa lama yang boleh. Jika konsentrasi anda terganggu, buka mata sambil melihat gelas itu dan teruskan kembali konsentrasi. Selain segelas air, anda juga boleh menggunakan benda-benda lain yang terdapat di hadapan anda seperti TV, pasu bunga,jam dan sebagainya.

2. Pada waktu malam, tutup lampu di bilik dan pasang sebatang lilin. Duduk pada jarak satu meter dari lilin itu. Konsentrasi pandangan anda pada lilin tersebut selama 10 minit tanpa mengerdipkan mata. Panjangkan tempoh konsentrasi tetapi jangan melebihi dari 30 minit. Pada peringkat permulaan, mata akan berair. Tetapi jangan risau kerana itu adalah fenomena biasa.

3. Letak jam di hadapan anda. Pusatkan tumpuan terhadap putaran jarum saatnya selama dua minit atau lebih. Apabila fikiran anda menerawang, berhenti sebentar dan mulakan kembali.

4. Solat dengan penuh konsentrasi dan khusyuk. Hayati setiap makna surah di dalam solat. Lebih baik dilakukan ketika solat sunat pada sebelah malam kerana fikiran kita pada ketika itu mudah khusyuk dan segala ibadah yang dilakukan adalah lebih berkesan.

5. Membaca Al-Quran dengan melihat pada terjemahannya serta menghayati sedalam-dalam maknanya.

6. Berlatih mencongak sifir matematik yang mudah di dalam fikiran seperti mencampur, menolak, membahagi dan mendarab nombor-nombor selama 20 minit pada setiap hari. Buku latihan matematik sekolah rendah boleh digunakan untuk tujuan ini. Alex Osborn telah berjaya membuktikan individu yang melakukan amalan ini selama 20 hari berturut-turut mampu meningkatkan daya tumpuan dan daya konsentrasinya.

7. Pendengaran secara imaginasi :
Tutup mata, dengarkan bunyi-bunyi berikut secara imaginasi dan pertahankan bunyi tersebut seberapa lama yang mungkin. Sebelum itu cuba bayangkan situasi di mana anda pernah medengar bunyi tersebut.
* Bunyi ayam berkokok.
* Bunyi azan.
* Bunyi enjin kenderaan milik anda.
* Bunyi cerek yang sedang mendidih.
* Bunyi siren ambulan.
* Bunyi hujan lebat.

8. Penglihatan secara imaginasi :
Tutup mata, abatangkan perkara-perkara yang berikut secara imaginasi dan pertahankan imaginasi tersebut selama yang boleh :
* Anda sedang membaling bola.
* Anda berada di halaman rumah anda.
* Sahabat karib anda sedang ketawa.
* Kapal terbang.
* Permandangan di sebuah pantai.

9. Merasa, mencium dan melakukan pergerakan secara imaginasi. Pertahankan imaginasi tersebut selama yang mampu:
* Bayangkan anda sedang mendayung perahu.
* Bayangkan anda sedang mengayuh basikal.
* Bayangkan anda sedang melakukan gerakan-gerakan dalam sembahyang.
* Menghidu bau durian.
* Merasa kepedasan cili.

Latihan-latihan ini menuntut usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan. Pada peringkat awal, anda tentu menemui kesukaran dan kesusahan kerana tidak dapat memusatkan daya penumpuan dengan sepenuhnya. Mungkin anda merasa sakit kepala dan jemu. Tetapi bersabarlah, lama-kelamaan anda akan dapat menguasai kemahiran membuat penumpuan dan menjadi individu yang memiliki daya konsentrasi yang hebat dan mampan. Lakukan mana-mana latihan di atas selama 20-30 minit pada setiap hari secara konsisten. Selain meningkatkan kekuatan konsentrasi fikiran, latihan-latihan ini dapat menambahkan kreativiti dan mencergaskan fungsi otak kanan. Aktiviti-aktiviti ini menyuburkan keseluruhan neuron di dalam otak dan hubungan antara sel-sel glia semakin teguh. Ini menjadikan otak semakin aktif serta kuasa mengingat dan keupayaan menyerap pelajaran, ilmu dan maklumat bertambah. Selain itu, faedahnya yang lain ialah :

* Mempunyai minat yang lama.
* Sukakan perkara-perkara yang abstrak
* Sering didatangi ilham, intuisi, bisikan dan gerak hati.
* Kemampuan mengeluarkan idea-idea yang unik dan berkualiti.
* Daya kreativitinya tinggi.
* Selalunya pintar dan berkebolehan menyelesaikan masalah dengan cara yang unik dan berlainan daripada orang lain.
* Memiliki daya ingatan yang sangat baik terutamanya pada perkara-perkara yang diminati.

Saturday, May 1, 2010

Jangan cantik luaran sahaja

Salam 'alaik,klip ni aku dah dengar sewaktu bulan Ramadhan yang lepas.Ada beberapa tajuk yang dikupas oleh Sheikh Quraish Shihab.Beliau antara tokoh dan ulama' Islam yang aku kagumi serta hormati.Mesti kenalkan? Pengarang Tafsir Misbah yang berasal dari Indonesia.Apa-apa pun jangan cantik luaran aja,dalaman sepatutnya harus cantik juga.Jika dalaman cantik maka luaran akan tampil cantik ;DD


p\s: halakan cinta kepada Illahi!!

Friday, April 30, 2010

Sampling

Salam ‘alaik,hari tu Khamis 15 April  kami pergi ke Zoo Negara untuk buat ‘sampling’ bagi tasik yang didiami burung bangau.Kali ni guna YSI untuk baca beberapa nilai parameter.Cuma 'COD','Turbidity','Suspended Solid' mesti melalui makmal.Nak tahu tak ? Ni kali pertama aku ke Zoo Negara.’Free’ pula tu… ;D


YSI (ni bukan yang jenis 'multiparameter' )


rendam dan angkat bila dah cukup rasa... ;)




bangau... ^-^

dik! depan tu ada tong ;))





siapa punya gajah ni?  :)


tingginya...


singa yang tengah malas...


bravo !!!

cuba agak ikan apa ni?


La Tahzan,masa depan masih cerah lagi ;DD

p/s: pernah ke Zoo Singapura yang lebih bersih.Erm,Zoo Negara perlu tingkatkan kebersihan :))

Monday, April 19, 2010

Chenta atau Cynta atau Ceenta atau Cienta atau Cinta ?

Bersabarlah wahai diriku,hati yang dinanti pasti akan tiba.Memang sudah lumrah kehidupan dunia bila kelakuan yang betul dilihat ganjil dan nista.Kau pemimpin bagi kaum wanita.Andai belum sampai jodohmu.Anggaplah hawa yang bakal hidup dengan mu sedang membina sahsiah bagi memperbaiki  kekurangan dirimu.Hawa yang benar-benar sesuai pasti akan hadir untuk menemani perjuangan mu dan mengkagumi kepimpinan dirimu.


p/s: I will always try to be the best to 'get' the best ;)

Thursday, April 15, 2010

Rawsha

Salam 'alaik,pernah makan di Restoran Rawsha ? Di mana tu ? Di Ampang.Minggu lepas khamis 'roomate' aku nak sangat buat jamuan untuk ahli 'roomate' aja di Rawsha.Apa lagi ikut ajalah.Rawsha menyajikan makanan-makanan dari negara Lebanon.Memang sedap hingga menjilat jari!Apa-apa pun jangan lupa sediakan sekurang-kurangnya RM 25 seorang sebelum ke sana.Faham-faham ajalah ;)).Juga kalau datang empat orang pastikan minta 'order' untuk tiga orang jangan pula untuk empat orang sebab nanti banyak sangat dan tak larat nak menghabiskan pula.


Baru aja sampai
Banyak sangat ni ! ;)


Tak habis.Membazir.Lain kali jangan buat lagi. :))

p/s:Bila nak pergi lagi ni ?





Tuesday, April 13, 2010

Melaka/Malakat/Malacca

Last Sunday, I went to Malacca. For long I have not been there. Just one special thing I want to share with you guy. Look at this tree which is located near  to A Famosa, it have been 600 years old!!! .2010-600= 1410 ;)

 I like it.Cat's Eye Juice @ C.E.J (Air Mata Kucing).The below picture not the above picturelah... ;)

p/s: I am still now reading novel title 1515 (it is about Tun Nyemah Mulya,she was a Malacca's warrior)